ptg td kul 6.05 ptg, aku dpt msg dr cik hajar cakap kbmall runtuh..terkejut gak la...mae tu aku n family odw dlm ketenk anta adik nek bas kt kota bharu(di langgar)..aku tny ko ni biar betik..ssh aku nk caye..runtuh mcm wtc ke? hajar ckp btolla...runtuh kt parking atas..aku mmg ssh nkcaye..sbb xleh gambar cmne dat thing happen...hajar ckp dlm kol 5.30 cam2 kejadian berlaku..umah die depan kbmall je, 2 yg cepat taw berita tu..tp mmg aku xcaye sgt la..sebab hjar ni kaang2 die sorang budak yg nakal (hehe..kadang2la)..so, ble aku smpai kt kota bharu, kete mmg ya rabbi banyak...smpai pon btol2 org azan maghrib..aku tgk kbmall mmg gelap je...dlm ati, ish..btol ke ni...(masa 2 da sampai kt langgar)..lps smyg maghrib tu, kwn adi ku pon smpai..die ckp kbmall runtuh..huhu..so mmg btol la news tu..tp runtuh cmne tu aku mmg xleh nk imagine...pas2 dgar lak org dop bercerita..mcm2 versi aku dengar..smpaila kol 8.00 td ade kuar kt brita utama tv3...tp aku xsmpt tgk sbb tgh babai adik aku nek bas..ayah aku yg tgk..aku pe ag..trus text msg adik aku kt umh suh die usha2 kt utube..kowt2 adela..teringat lak parents aku bru je pegi kbmall 2 ari lps..gerun ase...setakat ni berita yang aku dpt 2 org dak masterskill meninggal n sorg ag cedera parah n is in critical condition in icu...sorg ag cedera parah adela driver kete 2 yang katenye dak pempuan..ceritanye cmne kete satria tu blh terjunam kat bawah ade bnyak versi..ade yang cakap kete 2 rosak then salah sorg penumpang kete 2 whuch is a guy tolak kete 2..n driver ni die tersalah masuk gear (mebi reverse gear) sambil tekan minyak then terjunam kt bawah..ade satu ag sumber ckp driver tu tgh blaja memandu then die tersalah masuk gear n terjunam..mase tu ketiga2 mangsa berada di escalator kbmall tu...salah sorg mangsa dihempap kete n same2 jatuh ke bawah..mangsa tersebut yg cedera parah di kepala meninggal dunia di tempat kejadian..sorg ag mangsa meninggal dalam perjalanan ke hospital sebab pendarahan teruk..salah sorg member aku yang ade kt tmpt kejadian btaw die nampak cmne mangsa menggelupur kesakitan (ya rabbi, ngeri sangat2)..org dop ckp bunyi kete 2 jatuh macam kna bomb..maunye tidak ari tingkat 3 smpai ground floor..apepun takziah kepada semua keluarga mangsa yang terlibat..diharap tuhan dapat memberi kesabaran bg hati2 mereka supaya dapat menerima qada' dan qadar tuhan.apepun aku aplod sket pic tmpt kejadian..smoga peristiwa yang terjadi ni menginsafkan kite semua..
besornye speaker...plat kete luar BCL 3210
lokasi kejadian iaitu rooftop kbmall
pandangan dari atas..see..kaca berselerak atas lantai
luban yang terbentuk akibat rempuhan pd bhagian rooftop
kete tersepit di antara eskelator
bahagian atas yang ranap
bantuan kepada mangsa kemalangan
mangsa kemalangan
mangsa yang telah meninggal dunia..inalillah...
pandangan sisi kereta
mangsa kemalangan..ngeri
kete yang hancur bersepai
bantuan kepada mangsa kejadian
keadaan di luar kbmall yang sesak ngan orang ramai
simpang empat di kbmall (sesak gak)
same2 kite sedekahkan al fatihah kepada semua mangsa dan keluarga
Berita Kosmo Online
Kereta terjunam dari tingkat tiga di KB Mall, Kota Bharu
ORANG ramai turut membantu Rashidah yang parah akibat terkena serpihan bangunan di KB Mall, Kota Bharu semalam.
KOTA BHARU – Suasana di pusat beli-belah KB Mall di sini petang semalam tiba-tiba gempar dan kelam-kabut. Ekoran dentuman yang sangat kuat, mereka menyangkakan berlaku gempa bumi di pusat beli-belah itu atau satu adegan stunt untuk penggambaran filem sedang berlaku. Bagaimanapun, punca cemas itu terjawab apabila mereka mendapati sebuah kereta tiba-tiba bagaikan ‘terjunam dari langit’ terus merempuh bumbung KB Mall menyebabkan dua maut manakala dua yang lain cedera parah.
Dalam kejadian yang menyebabkan orang ramai bertempiaran lari menyelamatkan diri itu, belum sempat membeli barang keperluan, dua sahabat menemui ajal di dalam kompleks di Jalan Sultan Ibrahim di sini itu apabila sebuah kereta tiba-tiba terjunam dari tingkat tiga kompleks tersebut semalam. Seorang lagi sahabat mereka, Rashidah Ahmad Latfi, 18, cedera parah dan dikejarkan ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II).
Mereka bertiga merupakan pelajar sebuah kolej kejururawatan swasta di sini.
Mangsa, Siti Nor Amira Shamsuddin, 19, dari Felda Chiku, Gua Musang maut ketika berada di tingkat dua bersama Rashidah manakala Siti Nor Diana Azman, 18, Kampung Menjual, Chabang Empat, Tumpat berada di tingkat bawah sedang menuju ke atas dipercayai maut terkena serpihan runtuhan bangunan.
Dalam kejadian pada pukul 4.45 petang itu, sebuah kereta jenis Ford Laser yang berada di tempat letak kereta tidak berbumbung di tingkat tiga (atas sekali) bangunan itu dikatakan telah merempuh dinding lalu terjunam ke tingkat dua yang dipenuhi pengunjung.
LUBANG yang terbentuk selepas sebuah kereta terjunam ke bawah dari tempat letak kereta di tingkat tiga dalam kejadian menggerunkan di pusat membeli-belah KB Mall, Kota Bharu semalam.
Kereta tersebut menggelongsor laju di antara dua tangga bergerak di tempat kejadian. Kejadian yang menggemparkan itu telah menyebabkan beratus-ratus pengunjung termasuk di tingkat lain lintang-pukang keluar bangunan apabila terdengar bunyi dentuman kuat seperti letupan bom.
Sumber:kosmo
3 comments:
gile la.. ngeri btol.. huhu ^^ Al-Fatihah juga pd mangsa..
huhu menakutkan..
Al fatihah. naik sekejap bulu roma aku.
Post a Comment